Jumat, 12 Agustus 2011

mimpi bertemu RosulAlloh

 ROSULALLOH,,,,, 
Seorang murid berjalan menuju rumah tuan gurunya. Nampak di wajahnya sedang menginginkan sesuatu. Ketika sampai di rumah tuan guru, dia duduk bersimpuh beradab di hadapan tuan guru. Kemudian dengan wajah dan suara yang b...erwibawa itu, bertanyalah tuan guru kepada muridnya,”apakah yang membuatmu datang kepadaku di tengah malam begin i?” Dijawabnya dengan suara yang halus, “Wahai tuan guru, sudah lama aku ingin melihat Nabiku SAW walau hanya lewat mimpi, tetapi keinginanku belum terkabul juga.” “Oo..itu rupanya yang kau inginkan, tunggu sebentar.” Jawab gurunya. Dia mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. “ini…bacalah setiap hari sebanyak seribu kali insya ALLAH kau akan bertemu dengan Nabimu.” Pulanglah murid membawa catatan dari gurunya dengan penuh harapan ia akan bertemu dengan RASULULLAH SAW. Tetapi setelah beberapa minggu kembalilah murid ke rumah tuan guru memberitahukan bahwa bacaan yang diberikannya tidak mempengaruh apa-apa. Kemudian tuan guru memberikan bacaan baru untuk dicubanya lagi. Sayangnya beberapa minggu setelah itu muridnya kembali lagi memberitahukan kejadian yang sama. Setelah berdiam beberapa saat, berkatalah tuan guru, “Nanti malam engkau datang ke rumahku untuk kuundang makan malam.” Si murid bersetuju dgn permintaan tuan gurunya walau penuh kehairanan. Dia ingin bertemu Nabi, tetapi kenapa di undang makan malam. Kerana dia termasuk murid yang taat, dipenuhi permintaan tuan gurunya itu. Datanglah ia ke rumah tuan guru untuk menikmati hidangan malamn. Tenyata tuan guru hanya menghidangkan ikan masin saja dan memerintahkan muridnya untuk menghabiskannya. “Makan, makanlah semua dan jangan biarkan tersisa sedikit pun!” Maka murid itu pun menghabiskan seluruh ikan masin yang ada. Setelah itu dia berasa kehausan kerana memang ikan masin membuat orang haus. Tetapi ketika ingin meneguk air yang ada di depan matanya, tuan guru melarangnya, “Kau tidak boleh meminum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau akan tidur di rumahku!” kata tuan guru. Dengan penuh kehairanan diturutinya perintah tadi. Tetapi di malam hari dia susah untuk melelapkan mata kerana kehausan.Dia memusing2 badan, hingga akhirnya tertidur kerana keletihan. Tetapi apa yang terjadi? Dia bermimpi bertemu tuan gurunya membawakan satu sumber air sejuk ke arahnya. Kemudian terjagalah ia kerana mimpi itu seakan-akan benar-benar terjadi pada dirinya. Kemudian ia mendapati tuan gurunya telah berdiri di hadapannya dan berkata, “Apa yang kau mimpikan ?” Dijawab olehnya, “Tuan guru aku tidak bermimpi Nabiku SAW, aku bermimpikanmu membawa air sejuk lalu menghulurkan kepadaku.” Tersenyumlah tuan guru kerana jawapan muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, “Jika Cinta dan hasratmu bertemu RASULULLAH SAW seperti hasratmu pada air sejuk itu kau akan MIMPI BERTEMU RASULULLAH.SAW.” Menangislah murid dan menyedari bahawa didalam dirinya belum ada rasa cinta kepada RASULULLAH SAW, ia masih lebih mencintai dunia daripada RASULULLAH SAW. Ia masih meninggalkan sunah-sunahnya. Ia masih menyakiti hati umat RASULULLAH SAW. Yaa Nabi Salamu Alaika Yaa Rasul Salamu Alaika Yaa Habib Salamu Alaika Sholawatullah alaika..... Allahumma salli ala syaidina Muhammad.
            by,,,  "Falada "

Tidak ada komentar:

Posting Komentar